Wednesday, 26 May 2010

Wahla KL...

ini view dari opis aku...tingkat 27, betul ngadap Pavillion...jalan kaki dalam 10 minit, jalan tangan lama lagik...hehehe...

yang ni plak layout tempat sambut tetamu...lawa jgk la...

tempat duduk aku x snap lagi. tunggu ada masa sket baru aku snap. huhuhu...so far everything ok la. kalau x ok pun apa aku leh buat, ye tak? heheheh...

Bye CP Tower...


salam!!!... lama aku x hapdet blog ni...sebab apa? sebab aku and seopis aku pindah...and sekarang aku da keje kat KL.. kat Menara HLA (Habis La Aku) kat Jalan Kia Peng...peng peng bunyik pestol...hehehe...aku start keje kat HLA 17hb May, so last day aku kat CP Tower ialah 14hb May...

Pagi 14 May tu aku g MOA, Putrajaya...so masuk lambat la sikit. and bila aku sampai opis jek, ini yang sambut aku pagi tu kat koridor.

segala barang-barang opis da dilonggokkan kat luar. aku masuk bilik aku, meja aku and kerusi pun da xde. kejam betul. x sempat aku nak buat claim and baca email aku. hehehe...well, minggu tu aku kena g opis jgk time weekend. sebab jadi AJK Pemindahan...hehehehe...memang hari Jumaat tu xde buat keje apa pun...ini view time opis lama aku kena kosong.

xde beza sangat kan? sebab time ni kemas lagi. last week aku dengar dari bebudak yang still stay sana, floor tempat aku penah duduk da jadi sarang tikus. bersepah habis. and sekarang aku da kerja kat KL. xde da lunch dengan Cik Nila (yg tetiap hari kitorg lunch sama), xde da lepak cafe kat floor bawah CP Tower, xde g kedai DVD kat area tu... but aku still g sana untuk hang out and jumpa Cik Nila...hehehe...

but one thing yang x berapa best, department lama aku da berpecah. ada yang tercampak ke Kedah, ada yang kena g Sabah. and aku pun da masuk department baru. dari Production, aku masuk Corporate Communication...so no more MOA da lepas ni...

p/s : goodbye CP Tower, hai hai Menara HLA....

Tuesday, 11 May 2010

Apekebende nih???


Gambar ni aku snap time solat jumaat minggu lepas...ntah hapakebenda pun aku xtau..benda ni melekat kat kereta yang parking kat sebelah kereta aku....

rupa ala-ala gajah...hehehe...pelik plak aku tgk serangga nih...konpom ke serangga? xkan kutu babi??

Ronin Warded...

last two week aku hantar Mr.Ronin aku masuk workshop. sebab xleh start...and keta aku kena tow dari umah sampai ke workshop tu. memula aku and abg aku suspect fuel pump jahanam, tapi lepas pomen aku check, rupa-rupanya master relay da jahanam. lama gak la kereta aku dalam workshop. ni antara pic yang aku snap...

awal operation...

rupa B16A tanpa kepala...heheh...

water pump yang tunggu masa jek...alang-alang terus tukar la...

timing belt baru...

me checking the new lower arm...

Mr.Ronin and Vatshu The Black Knight...keta abang long aku...

flying Ronin!!

the new lower arm...yang lama da longgar...

ni pun nak kena tukar..2 inch maybe??

apa yang aku buat? banyak jugak la...kos semua aku kena dalam RM1500.00 + roadtax & insurance, dalam RM2100.00 jugak la aku perabih dalam bulan nih... apa2 hal pun sekarang kereta aku da sejuk yang amat sangat, aircond da ada da...and also da ada side mirror...hehehe...banyak lagi benda yang nak kena buat kat Ronin ni sebenarnya, tpi aku kena buat slowly la...sebab budget and also saving..huhuhu...

Sunday, 9 May 2010

Lyrics - Pelesit Kota by Search



Debu-debu melayang
Keras menyambar malam
Di tengah-tengah kota
Di bawah cakrawala

Berterbangan pelesit kota
Berterbangan unggas gila

Ketika bulan gersang
Bumi bergelontangan
Mencabar kehidupan
Tabiat jadi gila

Terkumpullah segalanya
Menjadikan pelesit kota

Bersembunyi di mana
Mungkin di celah-celah
Dedaunan dan debunga
Atau berada di saku manusia

Monday, 3 May 2010

Majlis akad nikah & sanding Diana.

Semalam, majlis akad nikah and kenduri cousin aku. Majlis langsung kat Villa Felda, Jalan Semarak. Majlis start kul 5, tapi sebab hujan, pihak lelaki sampai dalam kul 530. well, semua jalan lancar...malam tu plak, majlis sanding. sekejap je. x sampai setengah hari pun majlis tu. Yang best malam tu, time aku hantar cousins aku ke stesen LRT. guna GPS pun sosat...xleh pakai la GPS nih...hehehe...


p/s : congratz to family ayah Din..sebab dapat 2nd menantu, and also bakal dapat cucu Oktober nih...

Public Handphone Charger...

Ntah berapa minggu lepas, aku and Cik Nila g tengok wayang kat Tropicana City Mall. ala, kat area PJ ni ha... so sementara tunggu show start, kitorang pun jalan-jalan la cari aiskrim. then masa aku nak singgah kat ATM machine, aku nampak benda nih...
memula aku ingatkan telefon. so lepas withdraw duit sket, baru la sedar. benda ni ialah mobile phone charger. yup..mobile phone charger untuk sesapa yang datang ke Tropicana. tapi kena charge/bayar la...

aku pun x sempat nak baca abis instruction dia. snap pic ni pun x berapa clear, kan? neway, korang leh tengok mende alah ni dekat ground floor dia. kalau dari parking, korang naik escalator jek....ada la benda ni nanti...

p/s : aku suka lepak kat Tropicana nih. x hectic sangat macam kat complex lain. hehehe..

Flinstone Braking System.

Semalam, Ahad, aku hantar kereta ayahanda aku untuk servis. and ada la buat allignment, wheel balancing sikit. sementara tunggu kereta Perdana tu siap, ada la sorang pakcik @ brother ni datang dengan Proton Saga lama dia. aku pun berborak la dengan dia. dia datang untuk tukar 2 bijik tayar depan kereta dia yang tunggu masa jek nak buat kereta eksiden. Tayar slick tu...xde bunga langsung. da la datang bawak family... masa pekerja kedai tu bukak tayar kereta dia, aku terperasan satu benda...ni dia.....

at first aku ingat brake dia x function sebelah, sebab disc dia karat...bila aku g dekat, baru la aku perasan...

brake kereta dia xde brake pad. gila apa! bila tanya, dia dengan selamba cakap,

" nak skim disc tu dulu, kalau x nanti rugi brake pad cepat abis..."

alamak pakcik...kot ye pun nak saving duit, jangan la sampai bahayakan diri, family and orang lain. pasang je brake pad tu, then ada duit lebih, hantar buat skimming. xpun? beli je Saga BLM...bukan apa, memang family dia terdedah sangat dengan bahaya... tang tu yang aku x berkenan tu. brake xde pad, tayar botak abis...adeh la...

apakah risiko bila buat brake anda macam ni? paling bahaya, brake tu boleh jammed...so kalau jammed, korang bayangkan la bila kereta bwk laju, tekan brake, brake jammed sebelah...apa agak2 yang jadi ek? dengan family ramai2 naik...huhuhuhu

p/s : keselamatan tu tanggungjawab memasing yek...kalau korang ada tanggungjawab, korang leh selamatkan nyawa orang lain.