Tuesday, 27 April 2010

Ayaq...Ayaq...


last Sunday, aku bawak bonda aku g Alamanda, Putrajaya. dia nak cari Tefal Grill Pan kat Carrefour, tapi stock da abes..huhuhu...so otw balik, mak aku nak beli air, so aku suggest g Cold Storage...aku pulak jenis suka botol or mug @ cawan yang design best2...so aku pun jumpa la benda2 nih...tak pk panjang, beli jek...hehehe...antara yang kitorang beli...











pastu aku jumpa air nih...x sedap pun...hehehe...






and also air mix vegetable Campbell (x ingat la plak spelling dia, tapi yang buat sup tu) pun sama gak...macam minum tomato puree jek...huhuhu...tapi memang air sihat la...hehehe...

Hello...Hello...

Bukan nak kata apa, henpon ni ayahanda ku bagi..sebab dia dapat cabutan bertuah, and dia tgk henpon anaknya yang sorang ni x bertukar-tukar jugak lepas berapa tahun dah...and also sebab parents aku xnak phone nih...hehehe...

just a simple Nokia classic...xde 3G, just a camera. no radio, just phone. ok la. boleh guna, battery x cepat kong, kira ok la tu kan? hehehe... aku pun bukan minat nak tukar2 phone ni. xde rasa nak guna yang canggih2 pun.

sebelum ni aku guna 7250i, itupun pemberian ayahanda aku sebab dia dapat phone baru dari company lama dia. sebelum tu aku guna Nokia 3310 jek. simple tapi battery mampuih la. baru nak hello jek da padam. lepas tu keypad da mcm guna PDA...hehehe...

xtau la berapa lama pulak benda ni nak tahan...hehehehe....

Monday, 26 April 2010

Ikhlas Tapi Jauh...


Pebenda nih? semalam aku bwk bonda aku ke Alamanda, Putrajaya. saja jalan g sana sebab dia pun da lama x jalan2...tujuan utama nak g cari Tefal Grill Pan...sampai2 yang tinggal Supor jek...itu pun made in China...huhuhu... so lepas tu kitorang pun pk nak balik je terus tapi singgah sekejap dekat Video Ezy... tgh belek2 cd, aku terjumpa CD yang cover ada tulis perkataan "IKHLAS"... sekali betul daaa...cs nih...

So dengan hidung kembang kempis aku pun amik cd ni dengan harga RM15.90...apasal aku amik jugak? sebab da lama aku cari cd ni....sebab apa aku cari cd ni? nak kata lagu2 dia sedap2, xde la sangat. tapi sebab memori kot... dulu family aku ada kaset lagu nih. tapi korang pempaham la kalau kaset. senang rosak.

album ni hasil dari Roslan Aziz Production a.k.a R.A.P Artist...antara yang ada dalam album nih? Zainal Abidin, Afdlin Shauki...yup...Afdlin Shauki yek...Shiela Majid, Amir Yussof, Zubir Ali and also Azman Warren. semua artis hujung 80'an and awal 90'an. kira time aku sekolah rendah la..zaman berus gigi kat sekolah tepi longkang reramai...

and semalam memang aku tersenyum sebab dapat jugak aku grab CD nih. aku rasa x ramai yang tau pasal album ni kan? hehehe...

Friday, 23 April 2010

Proton Wira 1.8 Limited Edition C99

Aku minat kereta. And FYI aku bukan jenis fanatik kepada sesebuah model. memang aku suka kereta lama, but aku still appreciate kereta baru...hehehe...mcm terbalik jek ayat tu. neway kali ni aku nak cerita sikit pasal Proton. Actually Proton ada jugak keluarkan kereta2 yang pada aku agak dasat and special. Contohnya Proton Wira 1.8 Limited Edition nih...
kereta ni nampak macam Proton Wira yang lain kan? well, sebenarnya Proton Wira 1.8 ni keluar sebabkan nak lulus World Rally punya requirement. With Double Stitch chasis, maksudnya chasis yang lagi kuat dari Wira biasa. Sejumlah 2450 unit Wira 1.8 ni dikeluarkan bermula pada tahun 1995 sampai 1997 jek. gambar atas ni adalah version biasa.aksesori yang ada pada C99 ni ialah all around Recaro seat, steering and gear knob Momo, which is agak mahal...Dalam 2450 unit C99 yang ada, 50 unit dikatakan agak special. Proton Wira 1.8 Limited Edition RS ( Rally Spec).
so? apa specialnya RS ni?well, RS ni adalah version Proton Wira 1.8 yang paling aggresive, more powerfull than the standard Limited Edition sebab RS ni dikatakan menggunakan ECU yang unik (Rally Setting). yang x best ialah, interior Wira RS ni x sama macam Limited Edition biasa. sebab Proton nak buat RS ni lightweight. so interior kereta ini seakan-akan Wira 1.3, xde recaro seat, even power window pun xde. pada Wira 1.8 RS ni, ECU yang digunakan ialah ECU MMC (Mitsubishi Motor Corp) instead Siemens punya ECU. and ECU version MMC ni xde rev cut and also xde speed cut, RPM meter sampai 9000 RPM, and speedometer sampai 260Km/h...sekarang, kalau kita nak cari Proton Wira 1.8 Limited Edition original spec, memang da susah nak jumpa. sebab most of the owner da swap engine dengan GSR Turbo, VR4, etc...and ada jugak yang discrap, ada jugak yang gone in accident dengan owner dia skali. oleh sebab Wira 1.8 ni x sambung production, Proton keluarkan Putra and Satria GTi...
p/s : mana nak cari Wira C99 ni ek???

Monday, 19 April 2010

Friday, 16 April 2010

Berapa nilai blog aku?

Aku ter"accident" jumpa website ni...




and saja2 la aku taip alamat blog aku and ni nilai dia...murahnyaa.....



yup...blog aku bernilai USD4,308.8 = RM13,788.16 sen...

sabar..sabar...


"So sekarang siapa salah??"
~diam kan diri~


"Admin la kot?"


~bukan suara aku, tapi antara orang-orang yang ada dalam bilik tu~


"I tunggu u mengaku yang u salah!"


~jari ditunding kepada aku~


option yang aku ada untuk tenangkan hati??


ini~




atau ini~



dua2 aku xleh buat sebab diorang ada ini~

so? saya sabar je la...

pebenda nih???


entiti ni di snap oleh abang Cik Nila..pebenda ni sebenarnya???

Thursday, 15 April 2010

Sangkut~


benda ni jadi semalam, time aku nak balik dari opis...keluar pukul 5.50, sangkut atas U-turn/flyover ni dalam 30 minit sampai aku off engine and keluar dari kereta coz minyak kereta aku nak abis...sebab apa? sebab bas tu x boleh nak jalan, punca adalah sebuah toyota vios yang parking kat corner tu...resolution? reramai anjakkan kereta tu dengan cara angkat..hehehe...senang citer dua2 tu salah....bas tu sebab dia xnak u-turn jauh, and kereta vios tu sebab xnak bayar parking...bagero to both of them...huhuhu...

Tuesday, 13 April 2010

Din Beramboi...semoga rohnya dicucuri rahmat...


Apo dayo lagi den sangkut
Nak joli pun den takut
Duitnya tak ado

Waktu keje den bergayut
Macam tokeh perabut
Den garu kepalo

Nak gado salah tak gado salah
Cari duit untuk belanjo
Nak khabaq payah nak joli susah
Cari makan untuk keluarga

Pikiran den makin sorabot
Dok keja kelam kabut mengejarkan maso
Napeh den somakinlah sempot
Terlalu kelam kabut memikirkan sajo

Adoh mak oii
Minta tolong
Cari makan ditengah bandar
Adoh mak oii
Pendek napeh
Silap makan nanti terkandas
Tolong, tolong...
Tolong, long, long, long.....
Yahooo, yahooo….
Yahoo, hohoho hoi!


Korang mesti ada yang pernah dengar lagu ni kan? hehehe...lagu ni antara lagu yang dinyanyikan oleh Din Beramboi. ini gambar album lagu dia nih..


Maybe aku antara yang lambat tulis pasal DB nih...well, kita semua tau DB telah meninggalkan kita and one thing for sure, keletah and gelagat beliau akan diingati sampai bila-bila...


first time aku dengar DB as DJ ni masa zaman dengar Time Highway Radio dulu, a.k.a THR...aku ingat lagi masa tu aku and family bercuti kat Melaka masa abg aku tukar station to THR. Time tu slot Double Parking yang dikecohkan oleh DJ Nasa n DJ Adi...and DB time tu dikenali sebagai Din Highway...during Double Parking punya slot, DB ni selalu buat watak Shasha, maknyah mulut laser...hehehe...memang riuh time tu...kalau korang dengar, gerenti gelak sakan punyo...hehehe...


x lama lepas tu, Double Parking dibubarkan and masa tu aku da kurang dengar dah. yang aku tau time tu DB ada buat show sikit...and sampai sebelum dia meninggal, last aku tengok show dia dengan Nabil RL time raya tahun lepas...memang DB yang banyak buat show tu jadi fun, dengan Ebby Yus lagik...hehehe...


aku pun ada jugak tengok show Spontan...ala2 Whose Line Is It Anyway jugak...version Malaya...and one thing for sure sangat2, DB ni kalau buat lawak, xde filter...straight to the point...and benda tu memang kadang2 menyentap orang tapi benda tu jugak yang buat orang bukak mata dengan keadaan sekeliling, kan? hehehe...


well, aku kenal DB sebab dia penghibur, bukan as family or one of his friends, but dia memang buat orang ketawa. laughter is the best medicine...

semoga rohnya di cucuri rahmat...


p/s : baru2 ni aku ada dengar pasal budak lelaki umur 14 tahun caci arwah kat facebook budak tu.kena ingat, masa kita akan datang jugak, x kira umur.so pada yang kenal budak hingusan tu, mintak parents ajar sikit attitude hormat kat orang lain, x kira la yang hidup atau yang da xde...

Monday, 12 April 2010

Celebrate!

Ini antara barang2 makanan and minuman yang aku n Cik Nila beli last Saturday lepas tgk wayang cerita Date Night...

kenapa beli benda-benda nih? well, sebab kitorang lapar, suka makan sushi, and to celebrate Cik Nila lulus exam bahasa Jepun dia!! Congratz yek... kitorang tengok movie show kul 330 petang. enjoy jugak cerita tu, and memang boleh release tension sebabkan lawak-lawak unexpected but bingai dalam cerita tu...hehehe...

after movie, kitorang pun beli la makanan tu...Sushi, nasik kepal Jepun, Jusco's Cheese Chicken Chop, air epal Cik Nila and air yougurt aku...beli yang skali 3 sebab sebotol da RM5, 3 botol ni RM11, amik jek...

Lepas bayar, kitorang ingat nak lepak makan kat rooftop Jusco jek, tapi sebab kena keluar from parking dalam masa 20 minit, so kitorang pun head to Lake View Bandar Tun Hussein Onn, kat area umah aku...semuanya kat umah aku la senang cerita...kitorang lepak dalam kereta, makan and tgk orang main layang-layang...malam tu pulak aku ada badminton, memang berat perut la malam tu...hehehe...

p/s : congratz yek awak lulus exam tu...lepas ni ajar...hehehe...

Adeh la....


Tensi!!!!

Thursday, 8 April 2010

I Love Ol'Skool...

Aku tengah jenguk-jenguk kat mudah.com bila aku nampak kereta nih....


Toyota Cressida...


Kereta ni antara design kereta lama yang aku minat. sebab apa aku suka? ntah...aku suka lampu bulat dia. dari depan nampak ala-ala elegen, and dari tepi, kita boleh nampak muscle bodyline dia. apa benda tu? cuba tgk gambar dari tepi, kan nampak satu line curve dari depan sampai ke belakang? design2 camni la yang buat aku minat kat kereta lama....and bila tengok orang restore or mod kereta ni, aku lagi minat lak...ini antara rupa selepas di make overkan...


and lagi satu yang aku jumpa kat dalam website tu ialah ini, pickup truck lama....

well, aku memang minat kereta lama...and pada aku, aku lagi puas kalau buat benda nih step by step, and tgk budget kita banyak mana untuk satu-satu kerja yang nak buat untuk kereta tu. ini semua terpengaruh dengan cara-cara American buat hotrod la nih...everything kena buat slow, details and step by step...kena strip, remove paint...buang part-part yang rust teruk...and yes, bukan semua orang boleh buat camtu...maksud aku nak siapkan satu-satu project kereta tu amik masa bertahun-tahun...itu semua terletak kepada orang tu sendiri...

p/s : i love ol'skool!!!!

F1 Practise Ep.2


Wokeh, kali ni lak aku nak show gambar2 environment sana masa practise day..memang x busy pun...maklum la, hari kerja...

kereta F1 masuk dalam ketiak...

Rossy test track...

me with Cik Nila...

merah nyeee pak ngah...

sila peratikan harga itu...


Motorsports for all....



Serangan sunburn...aiyok!!!



nice view...Cik Nila yang snap...



hehehe...

Waja with E01-W engine kot...

M.Schumacher punya nih...

pricetag diaa....

Ducati beb!!

dalam pukul 1245 camtu, diorang open paddock for public, tapi sebabkan nak g sembahyang Jumaat, so aku ngn Cik Nila pun gerak ke masjid...lepas tu terus head to KL...huhuhu...

F1 Practise Ep.1...

arituh aku g Sepang...tgk practise F1... and aku pun baru tau yang F1 practise ni free...masuk jek...hehehe... aku g dengan Cik Nila, and ye, kitorang pergi secara ad hoc...hari khamis time lunch tanya nak g x, petang tu kitorang apply cuti...bukan MC yek...so jumaat pagi tu, aku tunggu Cik Nila datang ke umah aku and kitorang pun gerak ke Sepang dalam kul 8.15 camtuh. elok sampai sana, event belum start, so kitorang pun g cari kedai untuk breakfast..dapat plak area kampung, layan beb makan nasik lemak...hehehe...lepas abis makan, kitorang pun drive balik ke Sepang. and time tu kitorang da start gelabah sebab dengar bunyik engine jek...hehehe...so dengan bergaya kitorang ke parking Sepang tu...da la panas, payung x bawak...adeh la...hehehe...ni some of the pic yang ada....

pintu masuk Sepang Sirkit

dapat lepak grandstand

Fairuz Fauzy from Lotus Racing

ni entah siapa plak entah...

Fairuz lagik...

Suka la tu tgk Fairuz...

on board view...

bukan 'azan' yek...

ini yang best...

highspeed chasing wlpun practise jek...

ini first time aku dengar bunyik kereta F1...memang bingit wooo...diwajibkan...DIWAJIBKAN pakai ear plug kalau korang nak tgk race nih. bukan apa, kesian kalau tetiba pendengaran hilang. kitorang pun x duduk lama...tapi sampai abis practise session jugak la...kadang2 rasa macam ada cecair keluar dari telinga. hehehe...paling x tahan bila kereta F1 ni lalu tengah high speed, kerusi tu pun gegar beb...hehehe...

next time, kalau nak pergi tgk practise or race day sendiri, diingatkan bawak towel kecik, air mineral sebanyak boleh, sunblock, topi, spek itam and most important, EAR PLUG!!!..hehehehe...insyallah tahun depan kitorang akan pergi lagik. nanti aku post gambar2 kat sana lagi.

p/s : inche pali jangan marah yek? tahun depan kalau ada kita g skali...kena amik coti...hehehe...