Thursday, 25 March 2010

Movie : Green Zone

Semalam, aku and Cik Nila g tengok cerita nih....from the director of The Bourne Supremacy & Bourne Ultimatum, Green Zone. Cerita pasal apa? cerita pasal America yang serang Iraq tahun 2003 dulu tuh...tapi cerita ni bukan pasal America menang perang tu, tapi lebih kepada pencarian WMD (Weapon of Mass Distruction) yang George Bush (it) kata ada kat Iraq yang mampu gugat keselamatan negara2 lain...

sinopsis cerita? well, cerita pasal sorang askar ni, Chief Roy Miller, yang di tugaskan untuk cari WMD lepas kejatuhan Saddam Hussein. and macam yang kita sendiri dengar, diorg cari WMD, tapi x jumpa2. Roy Miller ni pulak da makin fed up so dia pun mula pertikaikan maklumat yang CIA bagi sendiri kat diorang. and dalam cerita ni pun, CIA pecah kepada dua, sorang yang tau the truth, sorang lagi pembuat agenda, and pembuat agenda ni la yang bagi fake information so that tindakan America serang Iraq tu dilihat sebagai sesuatu yang perlu...(apsal ayat aku serius jek nih?)
ada beberapa scene and dialog yang aku suka dalam cerita nih. Scene yang aku suka, masa Roy Miller ni dalam Green Zone, iaitu Saddam Republican Palace...dalam scene ni, dia tunjuk perbezaan yang betul ketara..kat luar, rakyat Iraq hidup dengan xde electric and air, tapi utk dalam Green Zone, rata2 orang2 America, siap dengan beer, entertainment,ibarat macam tgh parti. menunjukkan betapa angkuh diorg nih...

dialog pulak, aku suka masa org Iraq dalam buangan yang balik ke Iraq, jadi puppet kepada America, dapat jadi Menteri and masa dia masuk kabinet, dia masuk sama2 dengan puak Shiah, Sunni and Kurdis...tetiba diorang bergaduh sebab kan pertikaian kenapa orang yang dalam buangan, xtau apa2 pasal Iraq dilantik jadi Perdana Menteri...
aku suka cerita ni, sama macam cerita Casualties of War dulu...cerita ni pasal propaganda America, and Casualties of War pulak tunjuk perangai askar2 America masa perang Vietnam. lagi satu cerita, Jarhead...pasal perang atas Iraq jugak...camna diorg kena stay kat padang pasir selama 2 bulan, then dengan eager nak membunuh diorg buat askar2 America jadi gila...sampaikan unta pun jadi target practise...
pada yang suka cerita perang, cerita ni okey la...enjoyable jugak...
p/s : cerita ni buat aku teringat tahun 2003, time sama2 tgk news tunggu masa America start attack Iraq...sedih dengan apa yang jadi. bila Saddam da xde, Iraq jadi kucar kacir...

2 comments:

khayalkhayal said...

Kalau filem konsep gini buat di Malaysia tentang Malaysia kompem kena tapis dan tak lulus... ekekekekeke...

phat_lee said...

lepas tu populariti pembuat filem tu mesti naik sebab buat filem yang bangkang Kera Jahat..eh, Kerajaan...hehehe...