Thursday, 7 January 2010

Wasiat Raja Melayu...

I was surfing around my KKL forum when i saw these topic...saja bukak cerita lama...

7 Wasiat Raja-Raja Melayu....

Walaupun ada orang Melayu sendiri merasakan mereka ‘tidak Melayu’, mereka tidak boleh engkar kerana walaupun hari ini rakyat Malaysia bukan lagi 100 peratus Melayu tetapi wasiat yang dikeluarkan ketika penduduk negara ini 80 peratus Melayu dan 20 peratus bukan Melayu, ia wajar dipatuhi semua rakyat.

• Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

• Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

• Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

• Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

• Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

p/s : Wasiat itu disampaikan ketika raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

5 comments:

khayalkhayal said...

Bro... wasiat tu hanya wajib dilaksanakan bila pewasiatnya dah mati bro...

Dan atas sebab yang sama wasiat terakhir tu macam bahan jenaka sebab ia perlu dilaksanakan oleh pewasiat sedangkan pelaksanaannya hanya berlaku bila pewasiatnya dah mati (in this case, 'mangkat').

phat_lee said...

hehehehe... sungguh aku blur...hehehe...

Putera Katak said...

er...bukan ke yang bagi wasiat2 ni da mati?ke hidup lagi?rasanya da mati kan?so,.....

phat_lee said...

so kita enjoy!!!...

Putera Katak said...

yea..enjoy2!!!!lalaalla