Friday, 29 January 2010

Kereta paling mahal...


Korang pernah dengar pasal kereta ni x?


aku pun baru2 jek kenal kereta jenis nih...kereta ol'skool ni terkenal dengan kualiti dia and also record breaking roadster dia... jenis kereta dia? macam yang kat bawah ni....

apa yang hebat sangat pasal kereta nih? well, kereta Duesy ni created by Fred & August Duesenberg, dua beradik dari German yang memang betul2 engineer yang ikut suka hati diorg, sebab dua2 ni self taught yek..bukan g study memana pun...and dua beradik ni memang suka buat kereta eksperimen (aku pun nak buat jgk)...

company Duesy ni di set up pada tahun 1913, kira zaman lepas perang dunia pertama dulu la...and kereta ni dikira the best car of it's time, first of all, sebab dia hand made entirely 100%, and also performance dia yang memang perghhh ! utk zaman tu...

apsal perghh!? ini spec engine Duesy nih.... single overhead cam + 4 valve per cylinder and also hidraulik braking system...which is so dem advance and mahal utk zaman tu...performance engine? salah satu model dia, tanpa supercharged boleh dapat 265 hp dari engine in line 8, dual overhead camshaft...and top speed dia 190+ kmh... pada zaman tu, aku rasa 100 kmh pun da rasa out of control kot...hehehe....

price dia? betul2 mahal...apa yang kita dapat bila beli kereta ni? chasis and engine jek...sebab interior akan ikut apa yang kita nak... pretty good bargain kan? hehehe...

yang kat atas ni adalah salah satu Duesy yang teramatlah rare, dengan engine supercharged dia, kereta ni ada 320 hp, 245kmh top speed...only 36 bijik je yang ada... gilak rare...

and sayangnya sebabkan Second World War, company ni agak hancus..ada kereta yang dijual dengan harga just $100 - $200...tapi selepas Second World War, collectors da start cari kereta ni balik and sampai sekarang. antara celebrity yang ada kereta ni, Jay Leno. dia refurbish balik kereta Duesy nih...and sekarang harga Duesy ni memang consider the most expensive car... ada sebuah Duesy di lelongkan dengan harga $1.7 mil = RM5.78 juta!!!

itu jek utk sejarah kereta for today...nnt aku try cari info2 yang orang jarang tau pasal kereta2 nih...hehehe....

I'M A CAR FREAK!

p/s : info courtesy of Wikipedia and Discovery Turbo....hehehe...

Thursday, 28 January 2010

Tokyo Autosalon 2010 Ep.2

Macam yang aku cakap, time utk kereta bling2, VIP, DUB and apelagintah... enjoy gambar2 nih..

yang ni plak pocket rocket...some of it laa...

Sport rims!!!


and yang ni, brake calliper 100% emas...huhuhu... Raja Arab nak la nih...

that's all utk Tokyo Autosalon 2010...ntah bila laa aku dapat gi tgk betul2...huhuhu...

Tokyo Auto Salon 2010...

I was chit chatting with my cousin yang kat Japan, and dia bagi aku link utk tgk gambar Tokyo Autosalon 2010 minggu lepas yang dia snap...





beza Tokyo Autosalon n Tokyo Motorshow? Autosalon mostly on tuning, modification etc, and for Motorshow plak, mostly concept model la... tapi kalau KL International Motorshow?? Kereta2 yang da memang ada atas jalan kat Malaysia...the last KLIM memang aku frust sgt2..huhuu...back to the topic.....malas nak citer, tgk gambar je la yek...

ini antara gambar2 yang dia snap... kudos to bro Syamin @ Oshin Fuyutsuki sebab dapat g event ni tetiap tahun...huhuhu... nak g sana pun, sen tarak...adeh la...
p/s : next, aku post pic Tokyo Autosalon yang bling2, VIP, DUB, apebendalagintah...

Monday, 18 January 2010

Ol'Skool TT Genting Sempah...

semalam, ahad (17/1/2010) aku join geng Ol'Skool konvoi ke Genting Sempah. Route dia?
Gombak - Karak Highway - Bentong - R&R Genting Sempah - Balik
aku gerak dari umah aku dalam kul 8 pagi. lepas check minyak brake, bateri n air radiator, aku g isi minyak dulu. RM40 abis utk program sehari nih jek...tp best wooo...ada dalam 85 bijik keta yang join..hehehe...


tentatif program? kumpul kat Petronas Taman Sri Gombak, konvoi ke Kolam Air Panas ikut highway Karak, masuk ke Bentong.. kat Kolam Air Panas tu jumpa pulak dengan member2 kelab dari timur...and kitorg berkonvoi ke R&R Genting Sempah pulak...jalan ke Genting Sempah kitorang lalu jalan lama, layan lap jugak la...






penat jugak la semalam..and dari long distance travel macam ni, aku dapat detect apa yang nak kena buat lagi kat kereta aku...tukar manual tu for sure la...tapi xtau bila...hehehe.... newav xtiviti Ol'Skool semalam memang best... and maybe on the 27th February 2010, Kelab Kereta Lama akan buat Karnival Kelab Kereta Lama kat Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak...maybe if u guys nak tgk2, boleh jek datang. and also tadi aku baru tgk, hari khamis ni maybe bebudak Ol'Skool dengan kereta sebanyak 20 bijik akan ke Sri Pentas TV3 untuk rancangan Malaysia Hari Ini... mungkin la... belum finalize lagik...

Boleh dapat duit ke?

aku ada dapat address ni kat facebook aku. dia kata it's a new way utk carik side income..hehhee.. senang betul la kan nak buat duit? try2 la tengok yek...

http://www.catcheye.com.my/?r=50919

Monday, 11 January 2010

Nak ayaq...

Scene : Food Court


Aku tengah tunggu turn aku untuk order air. Sambil2 tu terdengar minah salih celup kat depan aku order ayaq dia....


Pekerja : air apa kak?


Minah : i nak one ice soya...


Pekerja : one soya with ice! (laung dia kat member sekerja)


Minah : and also one watering can, i nak Pepsi lite...


Aku kat belakang da senyum2 tahan gelak...


Thursday, 7 January 2010

Wasiat Raja Melayu...

I was surfing around my KKL forum when i saw these topic...saja bukak cerita lama...

7 Wasiat Raja-Raja Melayu....

Walaupun ada orang Melayu sendiri merasakan mereka ‘tidak Melayu’, mereka tidak boleh engkar kerana walaupun hari ini rakyat Malaysia bukan lagi 100 peratus Melayu tetapi wasiat yang dikeluarkan ketika penduduk negara ini 80 peratus Melayu dan 20 peratus bukan Melayu, ia wajar dipatuhi semua rakyat.

• Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

• Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

• Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

• Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

• Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

p/s : Wasiat itu disampaikan ketika raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

First week of new year....

First week of new year...

~cash in my account?

RM50 until the next salary...

~workload?

still pending and need to clear things up a.s.a.p...

~life?

ok laaa... cut off one friend from list, another 10 to add..

(sepuluh yang dtg tau, kalau sepuluh yang dtg tu tua kerepot nak mampos buat apa tau)


~love?

great! happy every moment when she's around...

~hobby?

start collecting car model, some rare Hotwheels, action figure...

~side income?

thinking about it...but....

~my car?

Ken - nothing actually, just maintain n maintain...

Ronin? start project mayyyybeeeee this year...

No matter how hard it be, in everything we do, just put a smile on that face...

p/s : life is short, no time to regret about our past...live like we dying...

Pasal "Allah"...


well, these were taken from tukartiub.blogspot.com ... statement from PAS regarding the using of the word "Allah" by the Christians...

KENYATAAN RESMI PAS

PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.
PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.
PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.
p/s : sudah baca, pikir2 kan la... tapi bila di fikirkan, kenapa sekarang yek diorang nak guna perkataan "Allah" tu?

Wednesday, 6 January 2010

Isnin yang penat...

Kenapa Isnin aku penat? sebab kena kerahan tenaga angkat benda2 alah nih...apa benda? diari n kalendar beb...total yang aku angkat?

1 Kotak = 4kg
Total = 73 kotak x 4
Total = 292kg
1 ring = 30 kg
Total = 35 ring x 30
Total = 1050kg...
Total yang aku angkat??
292+1050 = 1342kg...


huhuhu...esoknya aku MC...hahahaha...

Anak sedara ke 5...

Family aku dah bertambah besar...hehehe..parents aku pun makin happy dengan cucu2 dia...tambah lagi sorang...

Emir Ikhlas b. Isbawandi


New Year 2010...


yeah aku tau aku da lambat post da...hehehe...apa yang aku buat? Khamis petang lepas aku dinner dengan Alin, aku n dia balik umah memasing...sebab apa? sebab takut sangkut jem...maklum laa, malam untuk orang ramai memabukkan diri, mengeksidenkan diri (x kira la pesakit luar hospital @ tetamu rumah tumpangan Ah Chong)...



aku? malam tu member2 aku ajak main snooker jek...itupun xdak mood, sebab di kala orang lain enjoy esoknya sebab cuti tahun baru, aku kena g kerja kat Sekinchan...xpe, amanah, kita jalankan dengan hati yang sumpah seranah...hehehe...



sehari jugak aku kat Sekinchan. best part ialah time makan. staff sana belanja makan seafood...memang layan beb... dapat naik Toyota Estima Aeres lak tu...rasa macam Yakuza plak...dengan selamba je masuk jalan lawan arah...hehehe...

neway, new year ni xde apa pun yang best. mcm dulu2 aku ngan member2 aku setakat main futsal jek...x kira la malam new year or malam merdeka, memang itu je la keje kitorang. azam? azam aku adalah untuk tidak berazam, just nak siapkan benda2 yang tertangguh, yakni keje...hehehe....and also, meringankan diri dengan membuat benda2 wajib...solat 5 waktu pun banyak lobang2, so tahun ni nak try tutup lobang2 berkenaan...
p/s : insyaallah tahun depan, ada azam baru kot....mungkin 20/12/2012?? lalalala...