Tuesday, 30 June 2009

Sejarah VVT...

Ola peeps...korang mesti penah dengar pasal VTEC, MIVEC, CamPro...VVTI, DVVT kan? Sapa yang 1st design benda alah ni? bebudak Honda said that Honda yang buat benda ni, and bebudak BMW lak kata VTEC tiru Double Vanos...sorry to say Beemers, korg lewat develop than Honda...papehal jom baca dulu...



Fiat was the first auto manufacturer to patent a functional variable valve timing system which included variable lift. Developed by Giovanni Torazza in the late 1960s, the system used hydraulic pressure to vary the fulcrum of the cam followers (US Patent 3,641,988). The hydraulic pressure changed according to engine speed and intake pressure. The typical opening variation was 37%.

In September 1975, General Motors patented a system intended to vary valve lift. GM was interested in throttling the intake valves in order to reduce emissions. This was done by minimizing the amount of lift at low load to keep the intake velocity higher, thereby atomizing the intake charge. GM encountered problems running at very low lift, and abandoned the project.

Alfa Romeo was the first manufacturer to use a variable valve timing system in production cars (US Patent 4,231,330). The 1980 Alfa Romeo Spider 2.0 L had a mechanical VVT system in Spica fuel injected cars sold in the USA. Later this was also used in the 1983 Alfetta 2.0 Quadrifoglio Oro models as well as other cars.

In 1986, Nissan developed their own form of VVT with the VG30DE(TT) engine for their Mid-4 Concept. Nissan chose to focus their NVCS (Nissan Valve-Timing Control System) mainly at low and medium speed torque production because the vast majority of the time, engine RPMs will not be at extremely high speeds. The NVCS system can produce both a smooth idle, and high amounts of low and medium speed torque. Although it can help a little at the top-end also, the main focus of the system is low and medium range torque production. The VG30DE engine was first used in the 300ZX (Z31) 300ZR model in 1987, this was the first production car to use electronically controlled VVT technology.

The next step was taken in 1989 by Honda with the VTEC system. Honda had started production of a system that gives an engine the ability to operate on two completely different cam profiles, eliminating a major compromise in engine design. One profile designed to operate the valves at low engine speeds provides good road manners, low fuel consumption and low emissions output. The second is a high lift, long duration profile and comes into operation at high engine speeds to provide an increase in power output. The VTEC system was also further developed to provide other functions in engines designed primarily for low fuel consumption. The first VTEC engine Honda produced was the B16A which was installed in the Integra/CRX/Civic hatchback available in Japan and Europe. In 1991 the Acura/Honda NSX powered by the C30A became the first VTEC equipped vehicle available in the US. VTEC can be considered the first "cam switching" system and is also one of only a few currently in production.

In 1991, Clemson University researchers patented the Clemson Camshaft which was designed to provide continuously variable valve timing independently for both the intake and exhaust valves on a single camshaft assembly. This ability makes it suitable for both pushrod and overhead cam engine applications.[1]

In 1992 BMW introduced the VANOS system. Like the Nissan NVCS system it could provide timing variation for the intake cam in steps (or phases), the VANOS system differed in that it could provide one additional step for a total of three. Then in 1998 the Double Vanos system was introduced which significantly enhances emission management, increases output and torque, and offers better idling quality and fuel economy. Double Vanos was the first system which could provide electronically controlled, continuous timing variation for both the intake and exhaust valves. In 2001 BMW introduced the Valvetronic system. The Valvetronic system is unique in that it can continuously vary intake valve lift, in addition to timing for both the intake and exhaust valves. The precise control the system has over the intake valves allows for the intake charge to be controlled entirely by the intake valves, eliminating the need for a throttle valve and greatly reducing pumping loss. The reduction of pumping loss accounts for a 10% increase in power output and fuel economy.

Ford became the first manufacturer to use variable valve timing in a pickup-truck, with the top-selling Ford F-series in the 2004 model year. The engine used was the 5.4L 3-valve Triton.

In 2005 General Motors offered the first Variable Valve timing system for I-head V6 engines, LZE and LZ4.

In 2007 DaimlerChrysler became the first manufacturer to produce a cam-in-block engine with independent control of exhaust cam timing relative to the intake. The 2008 Dodge Viper uses Mechadyne's concentric camshaft assembly to help boost power output to 600 Bhp.


So Beemers??

Thursday, 25 June 2009

Warm up engine keta?stop it...

aku dapat benda ni dari abg aku...

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi.

Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?

Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya.. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature". Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap
suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin.

Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?

Save The Planet.

p/s: hari2 aku just start keta, run kan dalam 10-15 second jek..pastu jalan...

Wednesday, 17 June 2009

Ceramah Motivasi....

apa la punya suwey...sekali aku kena ceramah motivasi pepagi hari...kul 9.30 sampai la pukul 11...tapi bagus gak, sedar2 jek da nak lunch...hehehe...dia nak cerita pasal HR policy kat aku. aku gelak dalam diam je la...da la dulu pun buat HR,ye la, masa kat IWK pun aku still ingat apa policy dia..sama jek kat memana..kena plak manager aku dulu yang bahagian ER tu..(kalau baca..), contoh sexual assesment, eh...gangguan seksual jek yang dasat...bahagian safety? hehehe...no play safe maa...lenjan selagi mampu...skg ni lunch..kejap lagi dalam kul 2, lepas zohor, aku akan kembali berlakon...yeehaaa!!!!!!!

Tuesday, 16 June 2009

Life sucks...

haaaaa....rite now aku rasa life aku da kembali terumbang ambing...dengan kerja kat company yang aku da fedup, dengan keperluan kewangan yang x terurus, love life yang da padam balik dah...guess aku kena re-organize my life...well hopefully dapat la keje kat EPF...find a new job, find a new hobby, find a new life...and also find a new partner in bed...hehehe...

orang kata aku baru lagi dengan company baru nih, memang pun...tapi yang buat aku lagi xleh blah, sampai la ni aku still xde pc, phone, meja pecah2 2nd hand lak tu...kerusi tayar kurang sebijik...huhuhuhu...keje memang ada, nak buat pun x semangat. yang best tu, bila borak ngn manager aku, dia bagitau yang management kata xde budget utk aku...means seating, computer semua tu tak masuk dalam budget...apa citer da?

well, hopefully aku dapat la call from EPF...nak angkat kaki...my dad pun da tanya if nak amik umah yang kitorg duduk ni..kalau re finance, rasa market value ada la dalam 250-280K...hope before umur aku 30 aku da ada umah la..budget apartment je dulu...kalau dapat umah teres ni pun kira ok laa...

nak bercinta? muahahahaha...sekali sangkut dengan hak milik org lain daaa...frust tak tertonggeng la nampaknya..hehehe...

anyway, ini jek my love for now...

both of them, Ronin & Ken....perabih duit kat dua ni je la....

Monday, 15 June 2009

Drag Me To Hell!!!!!!!

Last Saturday aku tgk citer nih...

One of Sam Raimi's masterpice la bagi aku...bila tgk starting citer ni, macam tengok citer Army of Darkness..ol'skool style betul..story line dia, straight to the point. actually citer pasal pompuan kena curse jek...no hantu2 seram pun. just muka pompuan tua yang curse pompuan muda tu jek...

yang best, aku tgk citer ni bertiga ngn member2 sekolah lama aku...yang konon hati kental pun tersentak 2-3 kali sebab terkejut. pada yang x ttahan bunyik ngilu tuh, u guys better cari kapas dulu sebelum tgk citer nih...CGI dia pun xde la banyak sgt.

memang aku puas hati la tgk citer nih...tak rugi...

p/s : waiting for The Proposal n Setem...but next week, Transformers : ROF and also GI Joe...

Saturday, 13 June 2009

Last nite...

Ola...semlm aku g lepak alamanda dengan member aku. stress keje, so tanpa pikir panjang aku g tgk Jangan Pandang Belakang Congkak...sebab Lisa Surihani berlakon laa..hehehehe....


semalam pun adhoc jek... balik keje, keluar dinner ngn parents aku...then kawan aku ajak g tgk wayang..citer apa pun xtau, kat mana pun x plan...last2 layan kat alamanda show kul 1130 malam. boleh plak aku layan citer melayu..seumur hidup aku, baru 6 kali tgk wayang citer melayu. semlam tgk iklan citer Setem arahan Khabir Bathia.rasa macam nak tgk citer tu. end of july keluar lakonan Afdlin Shauki, and aku mmg peminat dia.

About citer Jangan Pandang Belakang Congkak, kalau nak tgk citer lawak slapstik yang korang malas sgt nak fikir about jalan cerita, ok laa... aku pun gelak jugak bila scene tiga orang nak bertukar jadi hantu...part tu je yang kelakar pun. member aku sampai keluar air mata gelak...

hmm..aku nak citer panjang pun macam xde idea...but petang ni nak layan Drag Me To Hell...which is rating dia 4 stars out of 5...


Wednesday, 3 June 2009

Last Saturday (2)

Lepas g layan Terminator Salvation, aku balik and amik Mr. Ronin aku...nak hantar ke kedai exhaust...bila check, sekali piping reput and tabung tengah aku da rosak...plus ada bocor skit. tanpa pikirkan kewangan, aku buat la balik...abis dalam RM240...tapi berbaloi gak. Minyak skg lagi save and keta aku da lagi pick up..after that aku terus ke Restoran Yus Bangi, tempat berkumpul sebelum konvoi ke Bagan Lalang sempena setahun KKL... kitorg g lalu highway LEKAS. Berwangan la...abis meter gak Mr.Ronin aku...speed up dalam 190-200 km/h...pastu berenti kat R&R Beranang, tunggu member2 yang cicir wangan...meter abis pun, keta aku nombor 4 sampai...huhuhuu...

lepas snap pic, kitorg sambung konvoi lagi ke Bagan Lalang. dalam pukul 9.30 kitorg sampai. best gak 10-12 bijik kereta masuk tempat parking tu, tersusun jek...and meja kitorg da siap tersusun...lapar punya pasal...


x lupa jugak nih...kek KKL and dipotong oleh kapitan KKL...


happy 1st anniversary!!

Last Saturday ( 1 )

Last Saturday aku g tengok wayang...lama x gi time square, member aku ajak tgk kat IMAX..tiket harga RM11, yang bestnya, x ramai orang...aku tgk cite nih...

best jugak la...but the best Terminator ever bagi aku, T2 : Judgement Day..

dalam cerita T4 ni, banyak citer pasal latest terminator...fighting scene dia memang puas hati, berbaloi tengok. tapi yang buat tak best, sebab mamat 3 org sebelah aku, asik duk citer pasal terminator trilogy...sapa Kyle Reese la, sapa John Connor la...last2 aku blah duduk seat lain...nasib baik laaaaa seat byk kosong...and another thing, arnold pun ada dlm T4, tapi just CGI jek...neway, this sequel rocks...better that Rise of the machines...bagi aku T3 paling lame, paling x menjadi...even Terminator yang 1st lagi best...one more thing, dlm citer Terminator, mesti ada scene motor and lori...x lupa jgk pump gun...hehehe...sila laa tgk ek citer ni pada yang minat Terminator...


i'll be back....