Wednesday, 28 January 2009

JKR??Jalan Kena Rosak ek?

Ola... aku nyampah tul kalau drive kat jalan PJ. sebab apa? Jalan lubang x hingat... aku rasa hobi org kita la menjahanamkan benda yang da asal cantik.

aku ingat lagi time sekolah. Dulu zaman naik bas la. Masa lalu jalan lama nak balik ke umah. Hari ni tgk jalan tu ok, esok nye ada aktiviti korek jalan, alasan sebab nak tukar paip. pas abis korek, da setel semua, jalan tu timbus guna batu kerikil jek, da lama pastu baru laaa wujud idea nak tar balik. yang bagusnya, jalan tu di tar ikut laluan lobang. so tak rata la jadinya. bwk keta, lalu kat atas tar tu pun da boleh dapat mabuk laut...pastu esoknya korek balik...n then tar ikut suka lagik.

aku x paham la org yang buat jalan nih. tampal jalan ikut suka. yang best nye, jalan yang dari cheras menghala ke highway LEKAS. nama highway, tapi jalan dia, keta siap melambung bila lalu kat situ, lelebih lagi flyover dekat Jenaris/Sg Kantan...dah tu dulu ada lubang yang maik aih dalamnya...kalau motor langgar lubang tu, mau jadi superman instant.

aku menyampah kalau nak drive g PJ, umah atuk sedara aku. jalan yang dekat area UIA lama tu. camna diorg leh buat manhole x sama level ngn jalan? x ke kalau ada keta langgar lubang tu leh buat rim keta bengkok, paling teruk, punca eksiden sebab lose control nak elak atau da terlanggar lubang?

kalau balik kampung, xyah ckp la. nak buat jalan ni bukan ikut kerajaan Pusat ke? kalau jalan yang nak ke Kelantan, biar je teruk sebab negeri tu under parti lain? Bukan sikap pemandu tu punca eksiden, jalan pun punca jugak. jalan jugaj punca org hilang sabar. mana selesa kalau drive kat jalan yang menggerutu, beralun. lain la kalau korang naik Lexus, BMW, Merce...keta2 mewah tu best la...

kdg2 aku rasa nak saman jek puak2 yang tar jalan nih. punca rim keta aku bengkok, punca tayar pecah. kalau menggerutu, xpe la jugak, ini siap ada yang licin. pastu jalan x tahan. kejap je da mendap. alasan lori lalu hari-hari...apa punya alasan.

memang hobi org kita merosakkan sesuatu yang indah ek????

2 comments:

khayalkhayal said...

Cukai jalan tu untuk Jabatan Paling Jahat kan... eheks... JKR dapat apa ek?

phat_lee said...

Jaga K**e Raja...