Wednesday, 3 December 2008

A small town named Kajang.

Last Sunday aku dengan member-member sekolah lama aku pakat nak lepak kat town Kajang, kedai mamak al-ehsan. Kedai ni pun da brapa kali tukar pun aku x ingt, tapi dulu memang glamer la. Dengan mee goreng mamak dia...perghh...tapi Kajang sekarang da tak macam dulu. Kalau dulu, pekan kecik jek...tapi sekarang, ada la dua tiga butir shopping complex, belum campur yang takde CF.




Gambar ni gambar pekan Kajang tahun 60 an tak silap aku. And sekolah lama aku, antara sekolah yang awal kat area Kajang. Lama dah wujud sekolah ni, sampaikan lencana sekolah pun da berubah sikit. Lencana lama aku ada tulis "Labor, Omnia,Vincit" kat bahagian atas lambang. Yang baru ni pulak, dah tukar dah. Kat bahagian atas tertulis "Berilmu, Berdisiplin, Berjaya".


Blok utama sekolah aku pernah jadi markas Jepun masa perang dulu. Belakang kawasan sekolah aku pun ada banyak jugak lubang Jepun. Kalau x silap, lubang Jepun ni terowong. Boleh tembus kat tempat lain x silap aku, tapi bukan pegi alam lain mcm cerita "Quantum Leap" tu. Tapi blok utama sekolah ni takde la berubah sangat. Still the same lagik.


Bila aku lepak kat kedai mamak tu, member aku ada sorg ni sesat. Time tu jugak keluar landmark zaman lama-lama. Panggung wayang Kajang, balai bomba lama Kajang. Well, Kajang sekarang memang dah totally different. For sure, masa aku lepak, aku rasa macam lepak kat negara lain. Asik dengar bahasa Indon, xpun Myanmar, paling common pun Nepal. Ibarat duduk dekat Puduraya time weekend. Pekerja kedai tu pun tak paham bahasa Malaysia. Pening jugak bila nak order makan. Tapi salah satu landmark yang tak pernah berubah, Masjid Jamek Kajang.

Sampai sekarang, aku lagi sanggup Solat Tarawikh kat masjid ni. Sejak dari sekolah rendah lagi aku memang akan ke masjid ni utk solat Jumaat. Jalan kaki dari sekolah aku, dalam 20 minit jek. Kalau masa sekolah rendah, aku kena lalu hospital Kajang, siap kena lintas area rumah mayat jugak kalau nak hala ke masjid ni. Sekarang, kuarters kerajaan yang lama-lama dah takde, semua dirobohkan sebab nak buat kawasan perumahan. Yang paling aku ingat masa construction company nak pindahkan Masjid Kajang ke tempat baru. Ramai-ramai sign petisyen bantah tindakan company tu. Walaupun aku baru tinggalkan alam sekolah ni 7 tahun, tapi memang berubah betul Kajang ni. But one thing for sure, Satay Kajang still the best. Sebab itu Kajang digelar "Satay Heaven".

2 comments: