Thursday, 27 November 2008

Kajang High...

Aritu (ntah brapa lama dulu) aku kata nak sambung pasal alam sekolah kan? sooo sorry lama sgt nak sambung balik story nih.

Aku start masuk sekolah menengah tahun 1996. Lepas aku lulus UPSR dengan jayanya (3A 1C, Math jgk yang aku bengap) aku dimasukkan ke Sekolah Menengah Tinggi Kajang @ SMTK. Ni lambang sekolah aku dulu... Dulu kalau kat Kajang, sebut je "budak Highschool", memang ditujukan pada budak2 sekolah aku la tu. Dikenali sebagai sekolah rosak jugak la. But aku bangga jadi student sekolah ni. Dulu sekolah ni memang Elit la. Kalau sukan, the best kat area Hulu Langat, sekolah aku jugak. Yang the best sekolah utk penyangak pun, sekolah aku jugak. berbalik pada cerita aku, aku start dengan kelas 1B, masa register tu, abg aku teman aku, dia pun student jugak, form 5, cikgu kelas aku pun dulu cikgu dia jugak masa form 1, Zaharah nama dia. Memang kilang cikgu ni, almost every year dia mengandung. Semua adik beradik aku sekolah kat Kajang High ni, malah kalau tengok kat board zaman kegemilangan sekolah aku, nama pakcik2 aku ada, jadi olahragawan sekolah. Masa aku form 1, masa tu tengah baik lagi, lagipun culture shock jugak sebab masa 1st day sekolah, aku tgk brader2 yang dpt result PMR @SPM x silap aku, baling kerusi ke arah cermin. Tanpa aku soal panjang, diorg da ckp dulu, "Exam da habis, xpayah guna kelas dah"...memang genius brader nih. Dia pecahkan, pstu yang kena kemas, budak kelas aku jugak la. Masa form 1 ni, kira dressup pun baik jugak la, dlm beg ada botol air, rambut belah tepi, baju lak sampai rumah tuck in. Buku teks sentiasa ada, x cukup dalam beg, diikat pulak. Pasal tu beg tiap tahun kena tukar, beg berat. hehehe....Time form 1 ni, da start meliar jugak la, tapi baru nak try2 tunjuk ganas jek. Perkataan yang paling ditakuti masa tu? "Lauk"...aku dgn budak2 aku yang start, alih2 ngn aku2 skali trauma dgn perkataan tu. Mana taknya, kitorg buat bulatan, pastu berlakon berborak, kalau tetiba ada budak lalu dalam bulatan tu(x kisah la student biasa @ pengawas, tapi prefer pengawas la), secara otomatik salah seorg akan jerit "Lauk!" and budak yang dalam bulatan tu hanya sempat kaget sebelum dipukul beramai-ramai. bukan pukul sampai kiok, just tepuk sampai merah badan(pedih jugak woo).



Time rehat, oleh sebab nak ke kelas aku kena naik tangga yang maha tinggi & curam, so kitorg x gi kantin, sebaliknya kitorg main sepak tin. Siap main king stay lagik sampai rehat abis. Yang pasal tangga curam tu, memang gerun jugak la nak naik atau turun, tapi bila slide kat side dia tu, xde lak nak takut wlpun kat bwh ada saluran paip air, tersembul menunggu kaki siapa yang akan tersadung kat ctu. Lagi satu yang best lepak kat tangga ni, sebab dia curam, kitorg suka duduk yang kat bawah, sementara masuk kelas petang tu, akak-akak form 6 (amoi to be precise) yang pakai skirt sekolah tu memang menjadi tumpuan. hehehe...Leh kata junior pervert jgk la. Maklum, sekolah lelaki je semua kecuali form 6.



Paling yang aku ingt, ada sorg cikgu nih. Dia ni cikgu baru, Siva nama dia. Masa 1st day dia mengajar, aku ingat bapak siapa la, dengan pakai T-Shirt berkolar, tak tuck in, pakai jeans. Tiba-tiba dia suruh kitorg masuk kelas. Tapi nasib baik laaaaa dia tak mengajar kelas aku. Pernah sekali dia cekak leher member aku, terangkat budak tu. Dia ni jenis selamba pun ye jugak. Member aku ada bawak botol air, biasa la kelas petang, dahaga lebih la. Cikgu Siva ni dengan rilex nyer dia ambik botol air member nih, dengan dialog beliau "petang ni panas la" sambil dia bukak dan start teguk air dalam botol tu. Agak2 tinggal cukup utk lemaskan semut baru dia letak balik. pastu buat bodoh jek. hehehe...antara dialog yang aku ingt lagi(sbb mmber aku still ajuk sampai skng wlpun benda da jadi 12 tahun lps) "pandang muka saya bila saya bercakap", sambil tangan dia pegang kepala tali pinggang seluar student yang dia aim sambil goyang-goyang..hehehe...rasa cikgu ni gay ke, xtau la. But yang aku dengar, dia ni ex army, tu yang strict tu. And yang buat kitorg takut ngn fizikal dia, sebab dia mcm nih....


Macam Zangief Street Fighter tu...ngn rambut, jambang, yang beza tinggi n kaler kulit jek...aku rasa Zangief tu idola dia kot.....

Itu baru cerita form 1 aku, belum form 2 lagik. lain kali aku sambung...

Friday, 14 November 2008

Sign of my family...


What does this symbol mean? Samurai...that's the word. Aku kagum dengan samurai. Ketaatan dia, image dia. Semangat dia pun buat aku kagum pada perkataan samurai. Salah satu nama yang aku minat, Ronin. Which mean Samurai yang tidak bertuan. And Ronin jugak yang start jadi businessman kalau tak silap aku di mana diorg offer kemahiran berlawan diorg kepada orang yang perlu. Semuanya jadi lepas Maharaja Jepun setuju utk membuat perubahan, dan Samurai semuanya dibuang. Specialty diorg da x digunakan lagi. Bila baca balik sejarah samurai, memang kagum yang amat sangat. Semuanya seni. Sampai ke pedang samurai pun di kira sebagai seni.