Friday, 24 October 2008

Duit Raya? Atau Tax Raya??

Assalamualaikum people....

Hari nih ntah hari ke berapa dah kita beraya. but this year punya raya agak down gak coz 2nd raya aku demam, so mmg flat laaaaa....nak ditambah ajinomoto, aku kena denggi..but itu bukan cerita kita. aku nak luahkan pasal duit raya.

Hari ni aku xde mood sgt nak buat keje, maklumlaa, weekend kan? so aku balas2 email ngn member opis aku. nak dimulakan debat, aku bgtau yang tahun ni aku x dapat nak bagi duit raya sebab sesak, maklum la,kereta baru pas major overhaul, hutang...blaja dulu pun, hutang...pastu ngn bil tepon, petrol utk travel pegi balik opis, tol, mmg kali ni duit aku x cukup. so dimulakan tanpa membaca Bismillah, aku diserang (bukan guna Baretta @ geng kapak) oleh dua org staff opis ni jgk.

Mengikut apa yang diorg marah kat aku, diorg kata aku xde rasa kesian kat anak2 buah aku sebab aku x bagi duit raya. memula dpt email tu aku da "what the duck?!" aku try defend diri aku. sampaikan diorg tanya xkan sehari simpan RM4.16 sen pun xboleh? hello, kalau da lunch hour makan roti bakar ngn air suam tetiap hari, x paham2 ke camna nyer nazak poket aku nak bernapas nih? diorg boleh cakap senang sebab sorg tu lady, da kawin. aku percaya, even baju raya pun dia mintak kat husband. aku nak mintak kat siapa? boss aku? mati hidup kat alam lain pun xde nak dapat lol...

Aku pun hujah laa, Raya is not about angpau. pastu aku kata yang aku ngn adik beradik aku dididik oleh parents aku, jangan nak mintak duit raya, melainkan kalau org tu yang bagi. memang dari sekolah rendah lagi, raya aku jadi best bila sepupu sepapat aku dtg, dapat kejar2, loyar2 buruk ngn dior pada aku da the best dah. dan aku dilaser balik, "akak rasa ko xcukup akal masa tu nak pk pasal sedara mara"...nak je aku sound, "akak, sy tergolong dari org cerdik pandai, cepat matang" tapi nanti aku kena show cause letter lak..hehhee...itu laaaa antara yang buat aku tensen hari nih. huhuhuh...

Bukan apa, pada aku, Raya is not about getting new pairs, bukan pair, pairs of clothes, bukan pasal berapa banyak duit raya nak dibagi, but Raya is about mendidik generasi bawahan aku supaya kenal family members...x kira la jauh atau dekat. Itu yang penting. Bukan utk compare siapa dpt duit raya lagi banyak, kan?

Aku xtau laa orang sekarang ni. bukan aku nak kata yang zaman aku xde, tapi aktiviti kutip duit perlindungan dari rumah ke rumah ni makin menjadi. pastu demand lak tu..kalau note seringgit, xnak ambik. nak RM5 paling rendah...ewah, banyak buruk kepala hotak bapak kau punya moyang....pernah sekali tu, parents aku xde kat umah, n yg tinggal aku ngn siblings aku jek. ada laaa kumpulan pengutip duit perlindungan ni datang dengan melaungkan "assalamualaikum, kami datang nak raya (dialog biasa time raya)" abg aku pun bukak la pintu sambil ckp...

"Masuklah, tapi makan je yang ada, duit raya abis" n jawapan yang diterima oleh tuan rumah adalah seperti berikut...

"Makan je ek? Takpe la bang, kitorg g umah lain," membuatkan aku terdetik, diorg ni mintak derma ke???

Aku terpikir gak, ada yang datang sebelum sembahyang sunat Raya, diorg ni anak yatim ke? x beraya ngan family, dah beraya kat umah org. dahtu kita, tuan rumah yang nak g sembahyang nih???

Nasihat aku sebagai Pemuda Malaysia ni, kepada parents, tgk2 laaaa anak korg di pagi raya ek. ajak-ajak la ke masjid sekali, n jangan la ajar diorg suruh mintak duit masa raya. x malu ke kalau orang fikir, "anak siapa la nih, pagi2 dah dtg mintak duit"

X ke malu bang???

3 comments:

Najwa Aiman said...

Weh! Aku suka banget gambor header blog ko ni! Estetik siot! Sendiri klik ke?

phat_lee said...

sendiri klik laaa...from kelantan to kedah..jalan kat gerik.

Teddy said...

tahniah bro.. teruskan menulis.