Friday, 31 October 2008

The day i explore the world...start @ my school..

Hola peeps. Aku baru jek baca blog tunteddy, and one of his blog really reminds me how much fun during our school days are. And i really miss it. All the sweet and painful (ada ke?) memories during that time. Start from tadika lagi, then to sekolah rendah, sekolah menengah plak. Walaupun kadang-kadang tak teringat, but bila tengok budak-budak sekolah ni, aku tersenyum sendirian. Gila-gila time belajar dulu, rules are made to be broken.

Aku start tadika kat Tadika Holly Family, Kajang. Memang betul tadika tu Christian punya, memang ada church dalam kawasan tu, but yang penting, diorg didik pasal moral, and kelas pun mostly in English(tapi aku gak bersepah). Sepanjang aku kat sana pun, xde diorg ajar baca bible, bagi holy water ke apa ke. Aku ingat lagi time tu, pegi kelas, beratur, berus gigi reramai. then ada break. Berlari la ke padang permainan. Time tu main congek-cakdung best betul, time x tau malu ngn jantina lain la katakan. Main gelungsur ngn pompuan. Kat tadika ni jugak aku belajar mewarna. hehehe...krayon tu da pasti. Time balik, bas sekolah da memang tunggu kat depan pagar tadika. Time tu x bergaul ngn akak2 sekolah rendah or sekolah menengah lagi. biasalaa, takut pipi kena cubit sebab comel bangat...hehehehe...setahun je kat tadika, sebab kalau 2 tahun mesti diorg suggest kat parents aku masuk kelas istimewa..hehehe...

Aku start sekolah rendah kat Sekolah Rendah Kebangsaan (1) Jalan Semenyih. Masa tu aku start dengan Darjah 1Merah. Yang x best sekolah ni, masa aku masuk, takde perempuan. yang ada semua pedang hikmat je, tapi time tu pedang hikmat ada satu function je. melegakan pundi. Daru darjah 1 sampai abih darjah 2, laki la semua. Start darjah 3 x silap aku, budak pompuan start masuk sekolah nih. Masa tu terus malu-malu beb..mana xnya, bila salah jawap,kena diri kat atas bangku, malu woo. tapi yang sedih time tu, pompuan ada la dalam 3 orang..hehehe. Time sekolah rendah ni, seingat aku la, dari darjah satu sampai darjah 6 aku kelas Merah. Sekolah aku time tu ada dua sesi. SRK(1) ngn SRK(2).. nak kata arch enemy pun, ada la jgk, wlpun kawasan sekolah yang sama, bangunan yang sama. Ingat lagi time sekolah petang, tunggu budak-budak sesi pagi keluar dulu, baru leh masuk kelas. kalau x, kena la dengan cikgu. Cakap pasal cikgu, ada sorg cikgu ni yang bila kitorg nampak motor Vespa dia dari jauh, gerenti kecut perut. Nama dia Choo Beng Tat. yang buat seram, adalah penampau dia tu. Tapi dia ni, agak berat sebelah, bukan sebab dia gendong motor biru dia, tapi ada skali tu, aku ingat lagi, bila budak lelaki ucap selamat, kalau time tu tersalah ucap, tadah je la pipi tu, nescaya time tu flashback balik dosa-dosa lampau sementara tapak tangan dia nak hinggap ke pipi. tapi kalau budak pompuan yang bagi, mak aih, lembut hati orang tua ni. yang bestnye apa, time dia lalu depan kitorg ngn vespa dia, kitorg ni macam org nampak askar jepun melintas, tapi bila dia da xde dari view, cepat-cepat tangan ni kat kepala sebab takut kena dut.cikgu Choo ni ajar music. ada sekali tu, aku ngn kawan aku gelak-gelak dalam kelas dia sebab aku n kawan aku main recorder guna hidung. Hambik ko..terasa nyawa nak keluar kena sergah dengan dia.masa dia ajar music tu, aku tengok ramai yang nyanyi sungguh2, biasa la, nak selamatkan diri..hehehe..pastu ada lagi cikgu yang best. Cikgu Renggasamy. Memang dia best. Aku ingat lagi dia drive Ford Cortina version Batman. kaler hitam. dia memang sporting. aku ingat lagi masa sukan, masa tu aku last, kira darjah 6 la, dia ngn sporting join sukan antara cikgu. Umur dia masa tu boleh kata agak veteren jugak la. selamba jek dia lari, tapi malang dia tersadung and jatuh terseret kat tanah. agak sedih gak la. n last aku jumpa dia, few years back. nampak dia da tak larat sangat. jalan pun menggigil jek. And bila aku solat kat Masjid Kajang, aku jumpa jugak Cikgu Mustapha. Dia x pernah ajar kelas aku, tapi aku still ingat muka dia. cikgu aku masa darjah 6, cikgu Rogayah. sporting gak. aku ingat lagi, time tu aku amik kelas alam dan manusia, tapi sebab alam & manusia x masuk dalam UPSR, kitorg ganti kelas tu dengan kelas Bahasa Malaysia. seminggu aku kena siapkan dalam 10 karangan. perghh...mmg punca aku dpt A dalam Bahasa Malaysia la. Time sekolah rendah ni, celebration paling best masa hari kanak2. g sekolah ngn pakai baju paling lawa yang ada. rasa da macam raya dah. Paling aku xleh lupa masa darjah 6 jugak, aku ngn kengkawan aku buat ABC utk member2 kelas. Homemade maa..bangga giler. yang buat sedap sebab campur peluh kisar ais.hehehe...Habis UPSR, aku masih g sekolah, tapi enjoy je la. main boardgame yang member2 aku bawak dari rumah, main galah panjang sampai kena kejar dengan cikgu, main rounders lagi. and aku terlupa pulak, seminggu sebelum UPSR aku alami out of body experience. Yang pasal tu, nanti aku cerita la ek? sambung lain kali. And aku baru ingat, masa result UPSR keluar, aku kat kelantan. Tak silap aku, aku x amik pun result UPSR, abg aku yang g tengok, and aku dapat 3A 1C..bengap math,nak buat camno...hehehe...k la, aku nak balik. continue utk 2nd episode plak pasal High School nanti. lagi kejam kenangan yang aku dapat kat sana.

4 comments:

Najwa Aiman said...

Cikgu Renggasamy tu terlanggar apa?

phat_lee said...

tersadung kaki. lari laju sangat...x silap masa tu game yang tolak tayar tuh...hehehe...

Teddy said...

letak laa gambar.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

http://aberamly.wordpress.com

http://ramlyotai.blogspot.com

http://awanggedeber.blogspot.com

salam dari abe