Friday, 24 October 2008

Ayahanda hamba...


Zulkifli bin Yusoff…itu nama ayah aku. Was born in the year 1949, from Kelantan. Aku kagum dgn ayah aku. Masa muda dia, dia tak dapat melanjutkan pengajian sebab arwah atuk aku meninggal pada masa ayah aku berusia 12 tahun. Sebelum pemergian arwah atuk aku, family ayah aku boleh di kategorikan sebagai golongan berada. Atuk aku bukak bisnes, mekanik. orang Kota Bharu kenal arwah dengan gelaran Yusoff Besar. Even Sultan Kelantan pun akan hantar kereta kepada arwah atuk aku. Tahun 1962, arwah atuk aku meninggal, workshop jadi tunggang langgang, x lama lepas tu tutup. Sebabkan xde punca pendapatan, nenek aku mengambil upah utk membasuh botol di kedai. Ayah aku pulak, kerja motong getah. Masa tu, ayah aku nak berenti sekolah sbb nak sara family, tapi cikgu dia larang. Habis sekolah di Sultan Ismail College, bapak aku masuk polis. Tahun 1994, dia sambung Bachelor of Law UIA. Dia penah cerita kat aku, dulu dia x dpt sambung belajar sebab pentingkan adik-adik dia. Sampai pakcik aku sambung blaja ke England..bila aku tgk gambar ayah aku ngn arwah atuk aku, aku sebak. Sbb dia korbankan masa muda dia utk adik-adik dia. Syukur aku..Aku dapat lanjutkan blaja aku dengan senang… yang aku nak sampaikan kat orang yg baca nih, ingat2 la ayah kita, ingat pengorbanan dia. Tak lupa gak emak kita. N lagi satu, rajin2 la buat research pasal nenek moyang kita. Maybe kita akan terkejut siapa nenek moyang kita dulu. Aku dapat tau pasal moyang aku pun sikit2 jek. Family belah ayah aku, nenek aku keturunan Che Siti Wan Kembang, ada pertalian darah ngn Tunku Abdul Rahman, n atuk aku plak, dari pattani x silap aku. utk sebelah mak aku pulak, nenek aku keturunan jepun. bila aku melawat Jepun, Mochida - san ada belikan utk aku family crest tulis Ogata..nama family moyang aku, menunjukkan yg moyang aku dulu dari keturunan family besar Jepun, n also keturunan samurai. yang aku tau, family kat Jepun dasat2..engineer, doctor..yg belah atuk aku pulak, jawa. keturunan bangsawan. dari moyang, sampai ke sekarang, yg ada di jawa, terkenal dengan hasil buat kapal..handcraft laa…n pasal dtg dari keluarga bangsawan la, moyang aku xnak cucu cicit dia ckp jawa. sebab jawa biasa x paham. kalau diikutkan, byk lagi cerita pasal nenek moyang aku. bisnesman berjaya..sampaikan tanah tapak KLCC pun moyang aku punya dulu. tapi terpaksa jual..utk sara hidup n pengajian. diikutkan, family moyang aku dulu, dua2 antara yg disegani. Moyang aku, Haji Noh, mmg org ramai respect dia. Jepun, China…ramai yg kenal Haji Noh. org kata dia tegas, kuat agama, n even bila ada majlis berkenaan keluarga Di Raja, Haji Noh akan dijemput jugak. sampaikan nak pilih imam pun kena tanya dia dulu…dasat x dasat laa…tapi sayangnya benda tu semua x turun kan anak cucu cicit dia.huhuhuhu…. itu yang aku kata, rajin2 la check siapa nenek moyang kita.. n don’t b surprise bila dah tau…


p/s : aku tulis ni ikut apa yg aku dengar dari ayah, pakcik2 aku. maybe 60% tak berapa tepat, tapi yg pasti, family aku dulu hebat2…n darah tu tetap mengalir.

No comments: