Tuesday, March 6, 2012

Achtung! Ini iklan fake!


Gua duk melayan cuci mata tgk kereta-kereta lama yang gua boleh berangan nak beli bila gua terjumpa iklan nih. oh ya, iklan ni kat mudah.my. ini gambar dalam iklan tu. lu orang boleh tgk kat mudah.my.


Kenapa gua kata iklan ni fake? sebab gua kenal owner Datsun SSS dengan Toyota Corolla AE70 kat dalam gambar nih. manakala yang Toyota Celica tengah tu gua x kenal, but kereta tu gua kenal. Semua ni member2 gua dalam Kelab Kereta Lama dan juga Ol'Skool.org.

Kalau ikut iklan tu, kereta tiga jibik dalam gambar tu ada seorang sahaja owner, iaitu Yahya Rostam. Gua x kenal Yahya Rostam ni, Yahya Sulong gua tau la. Yang pasti, iklan ni iklan menganiaya kawan2 KKL gua, dan juga merbahayakan diorang.

sebab apa? member gua ada cerita, takut benda ni Modus Operandi dia ialah, lu orang call, nanti dia suruh lu orang masuk deposit dan amik kereta di certain places. x ke aniaya member2 KKL & OS gua namanya tu?

ada member2 nasihatkan buat police report, just in case kereta ni kena angkut @ tow. maybe ada yang akan cakap, 'eleh, kereta RM6000, kereta lama, hilang pun x kisah,'... pada lu orang memang la. pada owner yang dah perabis duit nak rebuilt balik kereta diorang, then ada plak hantu2 yang iklan macam ni jek.

kalau ada pembaca blog gua (yang macam xde orang baca nih), dah pernah call mamat ni, elakkan la deal dengan dia. kalau betul nama Yahya Rostam ni pun dianiaya, memang patut la buat police report. kalau betul dia ni jenis putar, jangan sampai budak2 kelab gua jumpa.sebab dah ramai dah kena nih.

p/s : once a thief, always a thief la kot...

Wednesday, February 29, 2012

Gua dan Kereta - Cara berlagak dengan deepdish..


dulu....



sekarang....

guna kucing tuuuuu.....


p/s : Deepdish = berapa dalam bibir rim tu.

Friday, February 24, 2012

Gua dan DVD : Remember The Titans


Kali ni gua nak story pasal movie DVD yang gua tengah nak mencari. Memang la boleh download, tapi itu kalau ada kemudahan. Gua bukan boleh download kat opis, kat rumah lagi la.huhuu... papehal pun, kali ni, movie Remember The Titans yang gua nak post.


Filem ni adalah based on true story pasal perkauman pada tahun 70's dulu. Cerita ni pasal sebuah sekolah yang menjadi sekolah pertama menerima pelajar kulit hitam dan menjadi pasukan American Football sekolah pertama yang mana playernya bercampur tidak kira warna kulit. Even coach pun ada dua orang. Yang gua minat pasal cerita ni ialah bagaimana diorang selesaikan konflik, and macam mana pelajar kulit hitam dengan orang putih ni bonding menjadi lebih dari kawan.

Movie ni xde dalam simpanan gua, so gua harap dapat la beli and buat koleksi. sekarang ni gerai lanun DVD banyak cerita2 baru, nak cari yang lama agak payah sket. tapi xpe, mudah.my kan ada...hehehe...

p/s : ni baru satu..banyak lagi dalam list nih...

Wednesday, February 22, 2012

Gua dan artis : Dulu dan sekarang

Dari tajuk, macam la gua ni ramai member artis, kan? member pun x ramai mana, apatah lagi nak member dengan artis.hehehe... neway, posting kali ni pasal pelakon Hollywood yang glemer gila zaman 70's dengan 80's, dan gambar diorang sekarang... well, ada dua orang je yang gua post kali nih...

lu orang agak-agak diorang ni dulu berlakon cerita apa ek?kalau tenung lelama, maybe lu orang boleh agak la. gua pun aritu member opis lama gua yang bagi teka-teki...actually yang atas tu lu orang dah boleh agak. beliau adalah Henry Winkler, pelakon yang feymes dengan watak nih...

yup, watak dalam sitkom komedi Happy Days. dia ni bawak watak Fonzie...memang cool abeh la watak dia dalam Happy Days nih... and second picture tu pulak, ialah pelakon watak nih dalam siri paling top zaman 80's dulu...


p/s : tetiba gua rasa nak cari balik komedi zaman2 tu...

Tuesday, February 21, 2012

Gua dan Kereta - New Proton

Salam... buat kali ke berapa entah, gua post pasal Proton punya new product. Kalau sebelum ni gua post gambar sipi-sipi jek, kali ni gambar yang boleh bagi lu orang imagine camna rupa sebenar Proton akan datang... ni gambar dia...


okies, pada gua bahagian belakang dia agak out, maybe bcoz ni bukan gambar penuh. btw, yang penting selain dari rupa dia, ialah spesifikasi yang diberi. ni antara aksesori yang gua dapat dari sini. sila baca...

  1. Auto fold/unfold side mirror
  2. Auto Off Rear Demister
  3. Follow Home Lamp
  4. Headlamp Warning Buzzer
  5. Trunk Remote Release
  6. Front & Rear Socket 12V
  7. Utility Hook
  8. Low Rear Hump
  9. Front & Rear Fog Lamp
  10. Anti-Trap Power Windor
  11. Smart Info Display (SID)
  12. Autolock & Advance Lock System
  13. Magnisium Inside Door Handle
  14. Keyless Entry
  15. YES WiFi Modem
  16. S-Mode (Sport)
  17. BCM - Body Control Module



Amcam?Ada banyak lagi actually yang lu orang boleh baca dari blog dalam link yang gua bagi tu. 1st impression gua dengan list aksesori Proton baru ni, gua agak kagum jugak la.No wonder this will be the best car Proton ever produce (so far).Kalau bukan pasal nak buat hutang 9 tahun, gua memang boleh masuk kereta ni dalam list gua. But since dah kahwin, better gua cari MPV, alang-alang nak buat loan panjang nih. Kalau kereta gua mampu beli cash...peh...

p/s : Good luck Proton!